Monday 11 March 2013

Selamat Datang....

 HARGA : RM150 SEMALAM (Untuk maksimum 10 tetamu)

HARGA: RM200 SEMALAM (Untuk maksimum 20 tetamu)

(Tidak dibenarkan lebih daripada 20 tetamu pada satu masa dalam homestay ini)


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memilih Kuala Selangor sebagai lokasi bercuti hujung minggu...

Dengan jujur, blog ini sebenarnya adalah untuk mempromosikan Homestay Chempaka Biru yang terletak di Kuala Selangor.

Namun, untuk homestay disewa, sudah tentu ia memerlukan pengunjung atau pelancong ke Kuala Selangor.

Jadi... untuk yang tidak mengenali Kuala Selangor...atau dipanggil KS atau Kuala sahaja di kalangan penduduknya, mesti bertanya ada apa yang menarik di situ.

Untuk apa mahu ke sana...

Sebagai permulaan, KS adalah di mana bermulanya sejarah negeri Selangor. Beberapa sultan terawal Selangor disemadikan di daerah itu.

Tempat yang paling sinonim dengan KS ialah Bukit Malawati. Bukit inilah kota terawal kerajaan Selangor dan makam-makam sultan yang terawal terletak di bukit itu.

Paling menarik, Bukit Malawati sebenarnya menghadap Selat Melaka, laluan perkapalan tersibuk di dunia.
Jadi, kalau di malam hari, pengunjung boleh duduk mengadap selat berkenaan dengan dilimpahi lampu Rumah Api sambil melihat lampu kapal-kapal dagang bergerak melalui selat berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, jika bernasib baik, anda boleh menyaksikan keindahan matahari yang sedang terbenam dari bukit yang sama.

Di kaki bukit itu pula, terletak Taman Alam iaitu hutan simpan kekal paya bakau yang menjadi laluan terpenting kepada burung-burung yang berhijrah dari utara hemisfera ke selatan.

Pelbagai spesies burung akan singgah di taman berkenaan. Malah, kalau bernasib baik, penginap Homestay Chempaka Biru akan berpeluang melihat spesis burung tertentu terbang di kawasan homestay terutama pada sebelah petang.

Taman itu sendiri memiliki beberapa tarikan lain seperti denai-denai bagi mereka yang berminat melakukan jungle tracking dan koleksi beberapa haiwan eksotik.

Apa lagi...

Banyak lagi sebenarnya....KS juga popular di kalangan warga kota yang mahu membeli ikan segar di Pasar Pasir Penambang...

Ikannya mungkin lebih murah daripada tempat lain bergantung pada jumlah tangkapan...tetapi yang pasti, ia lebih segar kerana ditangkap nelayan tempatan.

Kalau mahu lagi kelainan, kelip-kelip Kampung Kuantan juga satu produk pelancongan yang tidak kurang menariknya ...

Pada musim yang tepat, pengunjung boleh melihat ribuan kelip-kelip di sepanjang Sungai Selangor dengan menaiki sampan.

Ada banyak kelebihan di KS...sayang cuma tidak ada promosi yang hebat mengenai...berkunjunglah untuk menerokai kelebihan KS.

Ia ada 4 bilik tidur dan 3 bilik air dengan ruang tamu besar dan kawasan dapur.

Homestay Chempaka Biru terletak di tengah kebun kelapa dan sebahagian kawasan luarnya dipenuhi rumput.

Setiap bilik memiliki kipas (tidak ada pendingan hawa masa ni).

Lokasi hanya 4 kilometer sebelum pekan Kuala Selangor.

Beberapa keping gambar yang disertakan di blog ini adalah gambaran rupa Homestay Chempaka Biru berkenaan.